Cara Menjaga Hati Jika Anda Selalu Makan Di Luar / Busy Lifestyle

Selalu makan di luar atau terlalu sibuk hingga tak sempat jaga pemakanan? Ketahui cara menjaga kesihatan hati dengan mudah melalui pilihan makanan yang lebih sihat, rutin harian ringkas, serta sokongan nutrisi untuk mengurangkan toksin dan hati berlemak. Panduan ini membantu anda mengekalkan hati yang sihat, bertenaga dan berfungsi optimum — walaupun dalam gaya hidup moden yang sibuk.

KESEIMBANGAN

Maiway

5/8/20243 min read

Ramai orang hari ini hidup sangat sibuk. Pagi rushing. Tengah hari makan kedai. Malam tapau saja.Tanpa sedar — gaya hidup macam ni boleh melemahkan kesihatan hati (liver health), terutama bila makanan banyak minyak, gula, garam dan MSG. Hati adalah “kilang pembersihan” badan. Setiap kali kita makan makanan proses atau berminyak, hati kena bekerja lebih keras untuk singkirkan toksin, proses lemak, stabilkan gula darah, pecahkan kolesterol. Bila beban makin tinggi, risiko hati berlemak (fatty liver) naik walaupun kita tak gemuk. Ikuti tips penting dibawah

PERTAMA

Pilih Lauk yang Kurang Minyak (Tapi Masih Sedap). Kalau makan di restoran mamak, kedai Melayu atau Thai cuba pilih:

a) Sup / singgang

b) Bakar / grill

c) Stim / kukus

d) Sambal yang tak berminyak

f) Sayur lebih, kuah kurang

Ini mengurangkan beban detoks hati.

KEDUA

Minum Air Lebih (Bukan Air Manis). Air membantu proses liver detoxification. Elakkan!!! :

a) Teh ais manis

b) Sirap

c) Air gas

d) Jus kotak

Apabila gula tinggi, risiko hati berlemak meningkat.

KETIGA

Bergerak 10–15 Minit Selepas Makan. Kajian tunjukkan berjalan 10 minit selepas makan boleh:-

a) Stabilkan gula

b) Kurangkan tekanan pada hati

c) Bantu pembakaran lemak

Ini trik paling mudah untuk semua orang yang selalu makan luar.

KEEMPAT

Tidur Yang Cukup Penting Untuk Hati. Hati detox paling aktif waktu kita tidur. Kurang tidur bermakna toksin terkumpul dan hati bekerja 2x lebih kuat.

KELIMA

Kurangkan “Hidden Ingredients” Dalam Makanan Kedai Ramai tak sedar makanan luar sering ada:-

1. MSG tinggi

2. Minyak recycle

3. Gula tambahan

4. Garam berlebihan

Ini semua meningkatkan keradangan (inflammation) yang melemahkan hati.

KEENAM

Ambil Sokongan Nutrisi Untuk Hati (Sebab Kita Manusia Biasa). Walaupun kita cuba makan sihat, realitinya jadual kerja padat, selalu makan luar, stress tinggi, kurang tidur dan sukar ikut meal prep tiap hari

Sebab tu ramai pakar kesihatan cadangkan nutritional liver support untuk bantu hati pulih, detoks, dan proses toksin dengan lebih efisien. Di hujung hari, hidup sibuk tak salah… tapi hati kita jangan terbeban. Maiway mengesyorkan penjagaan hati yang lebih menyeluruh dengan gabungan:

✔ Nutrisi seimbang

✔ Perlindungan antioksidan

✔ Sokongan detoks hati

Dan di sinilah produk yang berkualiti tinggi memainkan peranan. Hati kita bekerja 24 jam tanpa henti. Kalau kita tak jaga dia, satu hari nanti dia “merajuk”—dan kesannya kena pada seluruh badan.

Jadi… makan luar tak salah.

Tak jaga hati, itu masalahnya.

INFO PRODUK

  1. Lecithin-E sesuai untuk mereka yang perut mudah rasa penuh atau kembung, individu yang nak turunkan kolesterol dan jaga kesihatan jantung, mereka yang cepat penat atau selalu stress, serta ibu mengandung atau menyusu* yang perlukan sokongan penghadaman.

  1. Nutrilite Milk Thistle & Dandelion Plus sesuai untuk individu yang kerap makan berminyak atau fast food, mereka yang mengambil ubat-ubatan jangka panjang, serta sesiapa yang sering rasa penat, lesu atau mengalami masalah indigestion. Ia juga bermanfaat untuk individu yang mengambil alkohol atau mempunyai gaya hidup berisiko terhadap kesihatan hati, serta mereka yang mahu detox badan secara semula jadi.

  1. Nutrilite Vitamin C Plus (Extended Release) Vitamin C Plus sesuai untuk individu yang mudah jatuh sakit, mempunyai imun lemah, atau sering bekerja dalam keadaan stress dan persekitaran mencabar. Ia juga ideal untuk mereka yang jarang makan buah-buahan, kuat berpeluh, atau ingin memperbaiki kesihatan kulit.

  1. Nutrilite Double X (Multivitamin & Multimineral) Double X sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup sibuk, kerap kurang tidur, bekerja dalam tekanan, atau tidak mendapat nutrisi lengkap daripada pemakanan harian. Ia juga sesuai untuk individu berusia 30 tahun ke atas, mereka yang ingin mengekalkan tenaga sepanjang hari, serta yang aktif bersenam dan memerlukan pemulihan badan yang lebih baik.