7 Sebab Biz Owner Kurang Masa Dengan Family
Inilah realiti semasa. Ramai biz owner tak dapat hadir sesi Business Expansion kerana bisnes terlalu bergantung pada masa mereka. Artikel ini bongkarkan punca sebenar kenapa bisnes susah ditinggalkan walaupun sekejap.
KERJAYA
12/18/20253 min read


Ramai biz owner bangga kata mereka “sibuk cari rezeki untuk family”. Hakikatnya, keluarga cuma dapat lebihan masa, bukan masa sebenar. Ini sebab sebenar kenapa ia berlaku dan ya, ego main peranan besar. Berikut 7 sebab utama....


Owner selalu pujuk diri: “Kalau aku buat, lagi cepat, lagi betul.” Bukan sebab orang tak ada, tapi sebab tak percaya orang lain boleh buat sebaik dia. Akhirnya semua kerja melekat pada diri sendiri konon jimat masa, padahal sebenarnya tambah penat dan kunci bisnes pada satu kepala sahaja.
1. Semua Kena Buat Sendiri (Sebab Rasa Diri Paling Pandai)


Pendapatan naik turun, tapi masih paksa diri nampak “biz jalan”. Takut orang tahu realitinya tengah struggle. Tekanan disimpan sendiri, siang pura-pura kuat, malam emosi dibawa balik ke rumah tanpa sedar.
2. Cashflow Naik Turun, Tapi Ego Tak Pernah Turun


“Staff sekarang tak loyal.”
“Budak sekarang manja.”
Ayat ni senang keluar, tapi soalan sebenar jarang ditanya: sistem aku betul ke? latihan cukup ke? Ego lebih selesa salahkan manusia, daripada mengaku sistem sendiri yang perlu dibaiki.
3. Staff Keluar Masuk, Owner Tetap Menyalahkan Orang


Semua keputusan mesti lalu owner. SOP tak bertulis, training ikut mood. Owner rasa diri penting bila semua orang bergantung pada dia, padahal itu sebenarnya tanda bisnes tak boleh berjalan tanpa tuan, bukan bisnes yang kuat.
4. Sistem Ikut Kepala Owner (Sebab Nak Jadi Hero)


Tak buka kedai, terus rasa tak ada duit. Tak turun padang, terus rasa macam tak bekerja. Bukan sebab rajin sangat, tapi sebab terlalu selesa dengan cara lama. Sebenarnya bukan kerja keras, cuma tak berani lepaskan dan ubah cara yang dah biasa.
5. Bisnes Bergantung Pada Kedai & Fizikal


Kalau cuti pun tangan masih pegang telefon jawab WhatsApp, angkat call, layan komplain staff. Cuti bukan rehat, cuma pindahkan stress ke tempat lain. Tapi ego tetap pujuk diri, “Biasalah, aku owner,” sedangkan realitinya, bisnes masih mengikat walaupun badan bercuti.
6. Owner Cuti, Bisnes “Pause”


Penat, marah, burnout semua ada. Tapi bila diajak belajar sistem atau leverage, jawapannya sama: “Aku dah lama buat bisnes, aku tahu.” Ego kekal tinggi, cara tak berubah, dan hasil pun tetap di tempat yang sama.
